Telegram Group & Telegram Channel
Setelah meraba-raba seluruh tubuh anak kecil itu, lantas Haji Yusar minta sediakan air sejuk segelas. Biarlah dia cuba doakan pada air sejuk supaya dimakbulkan Allah. Lagi pun dia tahu asal syaitan adalah daripada api yang menyala, sudah tentulah musuh-nya air sejuk yang mampu memadamkan api yang bergejolak. Kak Jiyah sendiri ambilkan air segelas di dapur, lantas dihulurkan kepada Haji Yusar. Sebaik sahaja dia memegang gelas berisi air sejuk itu, terus sahaja Haji Yusar membacakan doa:

Walaqad ja'alna fis sama-i burujau wazaiyannaha linnazirin, wahafiznaha min kulli syaitanir rajim, illa manistaraqos sam-'a faatba'ahu syihabum mubin.

Setelah dibacakan tujuh kali dia hembuskan perlahan dalam air sejuk di dalam gelas. Ketika ini tiba-tiba sahaja Haji Yusar terkejut apabila dilihatnya bayang-bayang isterinya tersengih-sengih di dalam gelas.

"Huh, kamu rupanya, balik!" perintah Haji Yusar keras bagaikan membentak isterinya Hajah Besah.

Serta merta pula anak kecil Mizah terdiam. Dia tidak lagi menangis sekalipun tesengguk-sengguk sedu tangisnya yang galak sebelum itu. Haji Yusar menyuruh berikan anak kecil itu meneguk air sejuk berkenaan, di samping sapukan ke mukanya sama seperti mengambil wuduk. Setelah menyerahkan gelas tersebut kepada Kak Jiyah, cepat -cepat Haji Yusar keluar. Malu benar dia sekiranya Kak Jiyah menyedari apa yang dilihatnya tatkala bacakan doa.

Manalah tahu Kak Jiyah juga ternampak bayangan Hajah Besah di dalam air gelas. Tentulah Kak Jiyah menuduhnya amalkan ilmu syaitan untuk mengganggu jiran. Malu benar dia kalau dituduh jiran-jiran mengenai dirinya amalkan ilmu syaitan.

Dia sendiri tidak tahu kalaulah isterinya yang amalkan. Sejak berkahwin dengan Hajah Besah tidak pernah pula dia menyedari isterinya itu amalkan ilmu syaitan. Kalau isterinya menyembunyikan dari pengetahuan dia, memang Haji Yusar tidak dapat mendesak apa-apa.

Ketika balik ke rumah, Haji Yusar melihat isterinya menggeliat-geliat mengerang kesakitan tidak menentu. Hajah Besah merungut-rungut kecil menyalah kan suaminya Haji Yusar kerana menjengah anak kecil Mizah.

"Awak lebih mementingkan orang, isteri sendiri sakit, awak tak peduli!" marah benar Hajah Besah kerana suaminya meninggalkan dia dalam keadaan terkejang sakit.

"Nampaknya, awak ni amalkan ilmu syaitan,” lantas sahaja Haji Yusar menuduh apabila kenangkan bayangan yang menjelma di dalam gelas ketika doakan anak kecil itu. Kalau tidak ada sebab musabab masakan isterinya mengerang-erang kesakitan setelah anak kecil itu sembuh serta merta.

"Ilmu syatian apa pula ni?" gerutu Hajah Besah tidak berani menatap muka suaminya.

"Aku tahu, tak payah awak nak berlindung!" jerkah Haji Yusar setelah menyedari gangguan anak kecil Mizah itu memang berpunca dari isterinya sendiri.

Sebab itu dia menyuruh Derih Bauk menemui Ulung Kubil apabila anak kecilnya menangis lagi pada tengah malam. Dia sendiri tidak mampu membantu kecuali boleh berdoa sahaja untuk menghindarkan gangguan syaitan. Tentu gangguan itu akan berulang lagi sekiranya tidak diubati terus.

Lainlah Ulung Kubil apabila anak kecilnya menangis tengah malam sampai terbalik mata, lantas Ulung Kubil menggenggam tanah di tengah halaman. Dia menyerakkan tanah yang digenggam itu ke atas atap rumah sebelum masuk menjengah anak kecil yang galak menangis.

Tiba-tiba sahaja anak kecil itu berhenti menangis sebaik sahaja Ulung Kubil mendekatinya. Ketika Ulung Kubil meletakkan hujung telunjuk ke pusat anak kecil itu dia membacakan:

Bismillahhi wallahhu ghaliun 'ala amri.

Seratus kali dia bacakan doa itu, serentak dengan itu mereka terdengar jeritan langsing dari rumah Hajah Besah.
Sekaligus pula mereka mendengar Haji Yusar memarahi isterinya sampai terdengar dia azan tujuh kali, kemudian diikuti dengan membaca surah at-Tariq. Disebabkan tidak tergamak mendengar jeritan di rumah Hajah Besah, sengaja Derih Bauk mengajak Ulung Kubil sama pergi menjengah.

tg-me.com/BercakapDenganJin/6137
Create:
Last Update:

BY Kisah Seram www.tg-me.com/us/Kisah Seram t me BercakapDenganJin/com.BercakapDenganJin

Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 280

Share with your friend now:
tg-me.com/BercakapDenganJin/6137

View MORE
Open in Telegram

Kisah Seram t me BercakapDenganJin Telegram | DID YOU KNOW?

Date: |

The seemingly negative pandemic effects and resource/product shortages are encouraging and allowing organizations to innovate and change.The news of cash-rich organizations getting ready for the post-Covid growth economy is a sign of more than capital spending plans. Cash provides a cushion for risk-taking and a tool for growth.

How to Invest in Bitcoin?

Like a stock, you can buy and hold Bitcoin as an investment. You can even now do so in special retirement accounts called Bitcoin IRAs. No matter where you choose to hold your Bitcoin, people’s philosophies on how to invest it vary: Some buy and hold long term, some buy and aim to sell after a price rally, and others bet on its price decreasing. Bitcoin’s price over time has experienced big price swings, going as low as $5,165 and as high as $28,990 in 2020 alone. “I think in some places, people might be using Bitcoin to pay for things, but the truth is that it’s an asset that looks like it’s going to be increasing in value relatively quickly for some time,” Marquez says. “So why would you sell something that’s going to be worth so much more next year than it is today? The majority of people that hold it are long-term investors.”

Kisah Seram t me BercakapDenganJin from us

Telegram Kisah Seram www.tg-me.com/us/Kisah Seram t me BercakapDenganJin/com.BercakapDenganJin
FROM USA